Altimet - Kotarayaku lyrics

Published

0 436 0

Altimet - Kotarayaku lyrics

Kuala Lumpur senyumanmu Ini kotaraya yang sering berkata Kalau berani ayuh mari cuba saya Siapa mahu cuba dicabar semua Si kota terima dengan tangan terbuka Apa hasratnya bila ditanya Si kota hanya senyum selamba Apa kamu mahu semuanya bisa Jemput ke rumahku sila-sila Di dalam hatinya banyak rahsia Banyak kisah benar ramai saksinya Ada yang gagal ada yang berjaya Ada bersahaja ada capai kerjaya Ada rezeki yang melimpah ruah Hingga kurang nasi terlebih kuah Ada yang sial ada yang bertuah Cerita sama hanya watak berubah Di Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur (Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur (Kuala Lumpur) Ayuh kita meluncur (Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur (Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur (Kuala Lumpur) Terlanjur tak boleh undur (Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur Ini kotaraya talam dua muka Katanya madu kau disuap cuka Selepas dibelai hatimu di luka Di pijak kepala lepas di beri muka Kau kan ditelan lantas diludah Pesta sementara sesal tak sudah Lampu berkelipan bikin hati buta Hidup serba laju trafik kura-kura Bukan main-main tapi tetap selamba Suasana berubah bila malam melanda Lihat anak muda yang tak punya Tujuan berlumba guna kuasa kuda Jangan salah laku cuba lawan syahdu Senyala lilin mengejar wap syabu Ramai yang gagal bila di duga Tapi masih ramai yang berani cuba Di Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur (Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur (Kuala Lumpur) Ayuh kita meluncur (Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur (Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur (Kuala Lumpur) Terlanjur tak boleh undur (Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur Lihat semuanya di Dataran Merdeka Menyuntip kasih dalam urat mereka Lihat si buaya ligat bercereka Pada si dara untuk menyuap selera Lihat si dara owh itu katanya Dibelai si tua bukan bapanya Lihat si bapa gandakan usaha Anaknya empat jadi kerjanya dua Lihat si remaja santai kaki lima Tiada harapan buat abah dan cita Lihat si pegawai mengemis rasuah Tinggi sewa rumah jadi ini lumrah Lihat anak datuk membesar sendiri Semua dibeli tapi tak mampu pekerti Sebelum berjalan pandang kanan kiri Selamat datang harap pandai bawa diri Di Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur (Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur (Kuala Lumpur) Ayuh kita meluncur (Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur (Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur (Kuala Lumpur) Terlanjur tak boleh undur (Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)